Facebook Likers

December 16, 2011

(Facebook) Dah Start Guna Timeline?


Dah start gunakan Timeline? Semua akaun Facebook akan secara automatik ditukar ke format baru ini bermula pada 22 Disember 2011. Ini merupakan perubahan terbesar Facebook setakat ini dan sama ada anda suka atau tidak, nampak gayanya inilah rupa terbarunya. Roll-out atau pelaksanaan format ini telahpun bermula pada 7 Disember yang lalu di New Zealand dan beransur-ansur ke negara-negara lain dan jika anda masih belum menerima info ini, sila gunakan link dibawah untuk preview dan mengaktifkan Timeline anda.



Mark Zuckerberg, CEO Facebook sendiri telah memperkenalkan fungsi terbaru ini pada bulan September yang lalu di f8 Conference sebagai profil terbaru Facebook. Ada yang sukakan profil baru ini, namun ada juga yang tidak menyukainya hingga ada yang telah memadamkan akaun mereka. Anda bagaimana?




Untuk mendapatkan preview awal, sila klik pada link ini dan klik pada Get It Now.


P/S: Pelik bila tengok semula semua post lama dari tahun 2008..... 

2 comments:

Ada nak komen apa-apa? Jemput bersila untuk menaip :p