Facebook Likers

November 15, 2011

(Ouch) Cabut gigi bongsu....

Gambar pinjam dari blog puteri ain blogspot. Klik untuk tumbesaran.
Baru saja balik dari Klinik Pergigian S******h, buat check-up dan cadangnya saja-saja pergi. Alih-alih doktor cakap,

"Awak ada gigi bongsu lagi nih, dah mula rosak, kita cabut terus ye? Ada dua lagi. Lagipun tak ada fungsi sebenarnya gigi bongsu ni." Ujar doktor gigi yang comel itu (eh, comel ke?). Aku pun angguk.... err... dah tercuak pulak....Seriau semua ada.. Baru nak tanya bila nak cabut, doktor dah bawak satu syringe besi kat depan muka aku. Adeh.... Panjangnya jarum. Mau tembus pipi den....

Cuba bayangkan ada jarum besau kat depan tu.... huhuhu

Anyway dah settle bius (sapa cakap tak sakit, tipu) dua kali. Dok kat luar tunggu bius merebak sampai tekak naik payau. Air liur tak payah cerita, meleleh tak ingat. Lepas 10 minit, masuk balik. Ingatkan lama nak kena ni, so tawakkal je la...tup tup, 1 minit siap. Yang menunggu kat luar pun pelik..

"Aik, dah siap?" Tegur insan itu. Aku menyengih ajela...  dah rongak sebatang.

Soalan kira-kira:
Berapa sebenarnya gigi bongsu yang anda ada?

Jawapan (Pilih satu aje):
A. 2 batang aje
B. 4 batang aje
C: 6 batang aje
D. Dah takde, suma dah ilang. Hehe


(Nanti jawapannya di post selepas ini, tungguuu...)

No comments:

Post a Comment

Ada nak komen apa-apa? Jemput bersila untuk menaip :p