Facebook Likers

November 18, 2011

Harimau VS Geroda (Final Sukan SEA Ke-26)

Malaysia bakal menentang Indonesia semula pada Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan SEA ke-26, di Palembang setelah menewaskan mereka pada pertembungan untuk ke separuh akhir tempohari. Malam esok adalah kemuncaknya apabila dua negara mempertaruhkan pasukan terbaiknya untuk beradu kehebatan dan taktik bagi merebut pingat emas yang diidam-idamkan. Pasukan mana yang berjaya sama-sama kita nantikan.

Malaysia vs Indonesia
Stadium Gelora Bung Karno
21 November 2011, 8:30 malam (waktu Malaysia)


Perang psikologi nampaknya akan mencapai tahap maksima menjelangnya perlawanan dan dengan ketahanan mental dan fizikal yang ada, diharapkan pasukan Malaysia tidak terpedaya dan terjerat dengan provokasi pihak lawan ini. Ketahanan mental ahli pasukan diharapkan berada di tahap tertinggi semasa perlawanan ini dan insya-Allah kita akan membawa pulang pingat emas ini.

MALAYSIA BOLEH!!!

No comments:

Post a Comment

Ada nak komen apa-apa? Jemput bersila untuk menaip :p