Facebook Likers

October 23, 2011

(LOL) Sama tapi sikit ada lain.

Alamak, komputer diserang trojan/malware lagi. Setiap website yang dicari akan dipintas ke website iklan lain, contohnya jika kita click pada satu link, kita tidak dibawa terus ke laman web tersebut. Sebaliknya akan muncul satu laman web lain yang tidak ada kena mengena langsung.

Mulanya terfikir mungkin ada setting yang salah, almaklumlah, anak pun nak belajar gunakan komputer sekali sekala. Tapi bila dah dibuat 5S, check semula semua setting, still sama. Nampaknya ini bukan masalah biasa. Penggunaan antivirus turut gagal, Adaware gagal, Anti-Malware pun gagal. Dicuba pula Search & Destroy, pun sama juga. Memang agak power masalah trojan ini kerana semua aplikasi di atas telah di'disable'kan semasa scanning. Maknanya belum sempat scan dah kena close. Bestnya.


Dan, terjumpalah satu software yang dicari-cari. Namanya ialah Combofix. Dan berdasarkan info dari laman webnya, ia dicipta untuk scan mana-mana komputer yang dihinggapi (macam lalat pulak) atau diserang malware, spyware (contoh SurfSideKick, QooLogic, and Look2Me) dan juga sebarang kombinasi spyware diatas dan membersihkan kesemuanya.

Aplikasi ini dicuba dan disebabkan namanya agak rumit (malas nak hafal) saya tak tulis disini. Cuma ia menyerang konfigurasi TCP/IP, kalau tak salah ayatlah. Combofix telah berjaya menyahkan semua jangkitan yang ada, baguskan?

Dan saya terlihat logo rasmi Combofix. Dan rasa-rasa macam serupa aje. Tengok sendirilah ye, agak sama tapi sikit ada lain. :)


Dan macam serupa pulak macam yang dibawah ni.



Logo Proton ni dilancarkan pada tahun 2000 untuk menggabungkan gen harimau pada simbol dan pada masa yang sama menyatukan kesemua logo-logo Proton yang pelbagai diseluruh dunia.

No comments:

Post a Comment

Ada nak komen apa-apa? Jemput bersila untuk menaip :p